Social Icons

Pages

Rabu, 18 Desember 2013

Gara gara Layang layang Budak Dibakar



SANGRUR – Seorang budak berusia 12 tahun, Vidhu Jain menjadi mangsa apabila dia dibakar hidup hidup oleh dua lelaki, semata-mata kerana pergaduhan melibatkan laying-layang.

Ketika kejadian, mangsa yang merupakan anak kepada seorang penjual layang-layang itu, dalam perjalanan untuk menghantar bekalan makanan tengahari kepada adik bongsunya di sebuah sekolah di Malerkotla.

Dia kemudiannya dilihat berlari sambil menjerit selepas dicurah minyak tanah dan dibakar.

Orang ramai yang melalui jalan tersebut kemudiannya membawa Vidhu ke hospital, namun dia meninggal dunia selepas mengalami lecur 100 peratus.

Dalam pada itu, dalam kenyataanya kepada polis sebelum meninggal dunia, Vidhu tidak mengenali penyerangnya.

Namun dia menyatakan pernah bergaduh dengan suspek mengenai layang-layang, tiga hari sebelum itu.

“Budak itu berada dalam keadaan kritikal dan di depan polis serta bapanya, Naveen Jain, mangsa memberitahu bahawa dua orang telah memaksanya melalui satu kawasan pembinaan dan kemudian membakarnya,’’ kata polis yang memberitahu salah seorang daripada suspek adalah remaja bawah umur.

Sementara itu, Navneet berkata, anaknya pernah memberitahunya bahawa pergaduhan itu berlaku di depan pembantunya, di kedai mereka.

Polis kini sedang mengesan pembantu berkenaan, yang dilaporkan telah menghilangkan diri.

Laporan mengenai kejadian itu telah merebak ke seluruh bandar Ludhiana-Malerkotla dan Patiala-Malerkotla, menyebabkan penduduk di situ mengadakan tunjuk perasaan menuntut tangkapan segera dilakukan.

Selain menutup jalan, mereka juga merosakkan bas-bas di kawasan berkenaan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar