Social Icons

Pages

Minggu, 02 Februari 2014

Diugut Bunuh Saya Tak Akan Berganjak! Yasin


Yasin dan peguamnyaYasin dan peguamnya
Gara-gara lagu berjudul Reformasi ciptaannya yang telah dimuat naik ke laman sosial YouTube pada minggu lalu, penyanyi dan komposer Yasin telah menerima dua ugutan bunuh semalam. Ancaman tersebut diterima menerusi komen pada video lagu tersebut yang dimuat naik pada 25 Februari lalu.

Bercakap pada satu sidang media khas yang diadakan, Yasin atau nama sebenarnya Yasin Sulaiman, 37, berkata beliau tidak pasti sama ada ugutan itu serius atau sekadar gurauan nakal dari penonton video tersebut.
Namun Yasin tidak menolak kemungkinan ugutan itu disebabkan ketidakpuashatian sesetengah pihak terhadapnya sebagai pencipta lagu berkenaan, dan juga pelantikannya sebagai duta Angkatan Muda Keadilan (AKM) pada 18 Februari lalu.
"Saya tidak tahu sama ada ugutan ini serius atau hanya main-main. Mungkin ada pihak yang tidak berapa senang dengan pelantikan saya sebagai duta Angkatan Muda Keadilan baru-baru ini," katanya kepadaMalaysian Digestketika ditemui di Kota Damansara hari ini.
"Jadi saya telah serahkan kes ini kepada peguam saya untuk diselesaikan."
Yasin
Yasin

Salah satu bentuk ugutan bunuh tersebut ialah daripada kiriman individu yang mengunakan nama samaran Pencinta Muzik, yang menulis, "Yasin ni patut dibunuh saja".

Manakala seorang lagi yang bernama Azzali Abdul Aziz menulis, "Yasin ni kalau aku jumpa dia kat luar, aku pijak-pijak dia sampai lumat".

Sementara itu, menurut peguamnya Yusmadi Yusoff, dua ugutan itu merupakan satu kesalahan jenayah. Namun begitu, sehingga kini anak guamnya belum lagi membuat laporan polis kerana Yasin ingin memberi peluang kepada dua pengugut itu untuk menghentikan perbuatan mereka...sekaligus berharap budaya mengugut dan memfitnah yang semakin menular dalam masyarakat hari ini dapat dihentikan segera. Bahkan pihak berkuasa digesa memandang serius dan menangani perkara sebegini.

Yusmadi yang juga merupakan ahli Parlimen Balik Pulau memberitahu, sebagai rakyat Malaysia, sesiapa saja berhak untuk bersuara dan mengekspresikan pandangannya mengenai sesuatu isu.

"Di Parlimen sering membincangkan mengenai isu royalti, ekonomi dan sebagainya. Kini sudah tiba masanya untuk kita membincangkan tentang keselamatan artis.
"Selama 15 tahun saya mengenali Yasin, dia tidak pernah mengancam nyawa sesiapa. Perkara ini (ugutan) sudah boleh dikategorikan sebagai satu unsur jenayah.
"Sebagaimana yang kita tahu, di Malaysia kita berhak dan bebas bersuara (Freedom of Speech) dan juga kebebasan untuk berpesatuan (Freedom of Association). Jadi Yasin juga bebas bersuara dan bebas melontarkan sesuatu pandangan terhadap sesuatu isu", katanya.

Pada masa sama, Yasin pula menambah, beliau tiada niat mahu mencetuskan apa-apa kontroversi atau memburukkan mana-mana pihak, lagu itu dicipta sekadar mahu berkongsi mengenai kebangkitan rakyat terutamanya dikalangan anak muda masa kini.

"Saya tidak memburuk-burukkan mana pihak. Lagu itu hanya menceritakan tentang kebangkitan rakyat. Video lagu tersebut juga adalah kerjasama saya dengan rakyat. Saya yang turun sendiri ke kampung-kampung," ujarnya mengenai lagu yang turut menyaksikan kolaborasi beliau sebagai penyanyi manakal Faizal Tahir sebagai gitaris.

Sedia maafkan pengugut
Yasin memberitahu beliau sedia memaafkan pengugut itu asalkan perkara ini tidak berlanjutan.

Walaupun begitu, Yasin berkata beliau sebenarnya tidak kisah dengan komen dan kritikan yang diterimanya. Tetapi janganlah sampai berbaur ugutan yang boleh mengancam nyawanya. Justeru beliau tetap dengan pendiriannya malah bersemangat untuk terus menyokong perjuangan Parti PKR.

"Kalau individu-individu itu datang untuk minta maaf, saya sedia maafkan. Kalau sekalipun mereka menulis di laman sosial saya, mengatakan mereka mahu meminta maaf, saya akan maafkan. Kalau mereka tidak minta maaf sekalipun tetapi menghentikan segala ugutan terhadap saya, saya tidak akan meneruskan niat saya untuk membuat laporan polis.

"Kalau benar saya salah dalam penulisan saya, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati atau kurang senang dengan saya, kita boleh berdepan dan berdialog. Walaupun diugut sebegini, saya tak akan berganjak walau sedikit pun!" tegasnya.
mD

Tidak ada komentar:

Posting Komentar