Social Icons

Pages

Kamis, 13 Maret 2014

Pemuda Curi Duit Tabung Masjid Dipukul Sampai Mati

Gambar Hiasan

Seorang pemuda dipukul sampai mati oleh penduduk setempat jam 4.30 pagi Selasa lalu selepas ‘kantoi’ cuba mencuri wang dari tabung masjid menggunakan dawai di Pandan Indah.

Shahreza Fauzi, 20, meninggal dunia di Hospital Ampang dipercayai kerana kecederaan parah di kepala, badan, tangan dan kaki akibat dipukul menggunakan objek tumpul.

Pemeriksaan polis di tempat kejadian menemui sebatang kayu yang mungkin digunakan untuk memukul mangsa.

Mayat Shahreza kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.

The Star melaporkan, seorang rakan arwah sejak kecil yang cuma mahu dikenali sebagai Nazrin berkata, Shahreza tinggal bersama bapa tiri di Bukit Indah, Ampang selepas ibunya meninggal dunia lima bulan lalu. Bapa kandungnya pula sudah lama tiada.

Sebelum kematian, Shahreza menunjukkan perangai pelik termasuk memuat naik status berkaitan kematian di Facebook dan Whatsapp.

Susulan kematian Shahreza,  empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - REM RAMZI

Sumber: The Star

Tidak ada komentar:

Posting Komentar