Social Icons

Pages

Minggu, 16 Maret 2014

Meletup 3 kali

Kuching: Letupan kuat menggemparkan penduduk di sekitar Jalan Petanak di sini, semalam yang disangkakan bom sebenarnya berpunca daripada ledakan akibat kebocoran silinder gas oksigen yang dibawa sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, tiga letupan kuat berlaku yang turut menyebabkan bangunan pusat perniagaan berhampiran mengalami gegaran kuat hingga merosakkan tingkap.

Difahamkan, pacuan empat roda milik sebuah syarikat itu dipandu seorang penyelia dalam perjalanan mengisi semula dua tong gas acetylene dan oksigen di Bintawa sebelum menyedari ada kebocoran pada satu daripada silinder berkenaan.

Pemandu kenderaan itu bernasib baik kerana sebaik menyedari kebocoran berlaku, dia segera memberhentikan kenderaan dan keluar menyelamatkan diri sebelum menghubungi talian kecemasan bomba untuk mendapatkan bantuan.

ANGGOTA bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran pada sebuah kenderaan pacuan empat roda, semalam.

SATU daripada tong silinder yang mengalami kebocoran.

Menurut seorang peniaga yang dikenali sebagai Chia, 60, ketika kejadian dia yang tinggal di tingkat dua bangunan berhampiran terdengar bunyi letupan kuat seakan-akan letupan bom.

sumber:

Tidak ada komentar:

Posting Komentar