Social Icons

Pages

Senin, 03 Februari 2014

Bakal Dipenjara Abai Anak Hingga Mati

Bakal Dipenjara Abai Anak Hingga Mati

KUCHING – Seorang wanita menghantuk kepala di dinding lokap sambil menjerit ‘aku rindu anak aku’ selepas dijatuhkan hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret Kuching, di sini, semalam, apabila mengaku salah mengabai sehingga menyebabkan kematian anaknya berusia sembilan bulan, awal bulan ini.
Melissa Nawawi, 28, bertindak sedemikian kerana tertekan berikutan kehilangan anak bongsunya, Danish Firdaus, yang meninggal dunia pada usia sembilan bulan, selepas tiga hari dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS), 6 Julai lalu.
Terdahulu ibu dua anak itu membuat pengakuan bersalah kerana mengabaikan tanggungjawab menjaga serta menyediakan makanan berzat kepada Danish.
Majistret Zulhairil Sulaiman menetapkan hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditahan selepas berpuas hati terhadap pengakuan dibuat tertuduh.
Zulhairil dalam penghakimannya berkata, hukuman itu mengambil kira kepentingan awam selain tertuduh melakukan kesalahan pertama.
“Tertuduh sepatutnya menjaga zuriatnya, tetapi sebaliknya berlaku. Jadi, hukuman ini sebagai pengajaran kepada Ente (tertuduh) serta orang awam,” katanya.
Mengikut fakta kes, pengadu yang juga kakak tertuduh, Dalilah, 29, mendapati Danish lebam di muka, dada dan perut selepas tertuduh membawa bayi terbabit ke rumahnya di Batu 13, Jalan Kuching-Serian, pada jam 5.30 petang, 16 Jun lalu.
Susulan itu, Danish dibawa ke unit rawatan rapi (ICU) dan doktor menyaran kakak tertuduh membuat laporan polis kerana bayi itu diabaikan dan tidak diberikan makanan sesuai.
Ketika itu, pengadu mengesyaki anak saudaranya didera ibu sendiri dan polis yang melancarkan gerakan memburu tertuduh sebelum menahan tertuduh di rumahnya dan direman 12 hari bagi membantu siasatan.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31 (1) a), Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan penjara 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan. – Harian Metro

Tidak ada komentar:

Posting Komentar