Social Icons

Pages

Jumat, 31 Januari 2014

Penagih Dadah Wanita Mati Terjatuh Dari Balkoni

Penagih Dadah Wanita Mati Terjatuh Dari Balkoni

KUALA LUMPUR – Seorang penagih dadah wanita mati dipercayai akibat terjatuh dari balkoni rumahnya di tingkat lima Flat Melati di Jalan Loke Yew di sini semalam ketika melarikan diri dari polis.
Kwan Choi Leng, 53, terjatuh selepas cuba melarikan diri bersama beberapa rakannya yang lain yang juga penagih dadah dalam kejadian kira-kira 5.18 petang itu.
“Siasatan awal mendapati mangsa jatuh di kaki lima flat berkenaan selepas sepasukan polis datang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan tangga flat itu.
“Polis nampak mangsa dan rakan-rakannya sedang menagih dadah di kawasan balkoni rumah mangsa. Selepas menyedari kehadiran kami, mereka terus melarikan diri,” kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata, pihaknya sudah melakukan pemeriksaan di premis mangsa dan turut menjumpai beberapa peralatan menghisap dadah.
Mangsa mati kerana mengalami kecederaan di kepala dan mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. – BERNAMA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar